A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Unit Teknologi Dan Komunikasi Maklumat

Latar Belakang

Unit ICT PPANS dikenali dengan nama UTKM. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh dua orang Juruteknik Komputer dan 1 Pembantu Operasi . Unit ini menyediakan khidmat sokongan teknikal dan nasihat ICT iaitu membaikpulih, menyelenggara perkakasan komputer di semua cawangan perpustakaan seluruh Negeri Sembilan  kepada semua pengguna ICT di PPANS.
 
Visi
•    Menjana dan meningkatkan kemajuan infrastruktur dan aplikasi ICT PPANS.

Misi
•    Menjadi nadi penggerak dalam menyediakan infrastruktur dan latihan ICT kearah perpustakaan maya bagi menyokong misi PPANS.

Objektif

Bertindak sebagai agen pengurusan dan sokongan dalam bidang ICT PPANS.

  1. Menubuh, melengkap, mewujudkan, membangun dan menyelenggara seluruh factor pengaplikasian berasaskan teknologi ICT yang seiring dengan pembangunan dan keperluan PPANS.
  2. Mengimplementasikan sistem berkomputer di seluruh perpustakaan di Negeri Sembilan.
  3. Menjadikan warga kerja PPANS lebih bermaklumat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.
  4. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh PPANS.
  5. Menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan untuk kemudahan bidang ICT.
  6. Merekabentuk laman web dan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan terkini
  7. Menjadi pusat rujukan serta pusat perkembangan teknologi maklumat dan menjadi pusat pembangunan perisian aplikasi.
  8. Menyelenggara dan memastikan bahawa perkakasan dan perisian yang terdapat di PPANS adalah dalam keadaan baik supaya tugas kakitangan

     PPANS berjalan dengan lancar dan pantas.

Kedudukan Unit :
Tingkat Satu
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2. 

Pegawai untuk dihubungi:

Encik Shahril Fahmey Bin Noordin
Tel.   : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.