Soalan Lazim / FAQ
1. Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri?
Perpustakaan Negeri dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin dan cuti umum.
Manakala waktu perkhidmatan pula adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang
(Selasa-Ahad).
2. Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan
dan Desa Negeri Sembilan?
Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan dan Desa Negeri Sembilan dibuka kepada
pelanggan mengikut ketetapan berikut :
a) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri ialah:-
9.00 pagi - 5.00 petang (SELASA - AHAD)
TUTUP (CUTI UMUM, SETIAP HARI ISNIN)
b) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan/Pekan/Taman Perumahan/Desa
* Minggu Pertama & Ketiga dibuka pada 9.00 pagi - 5.00 petang ( ISNIN - JUMAAT)
TUTUP (CUTI UMUM, SABTU & AHAD)
* Minggu Kedua & Keempat dibuka pada 9.00 pagi - 5.00 petang ( SELASA - JUMAAT)
TUTUP (CUTI UMUM, AHAD & ISNIN)
3. Siapakah Pelanggan Perpustakaan?
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dibuka kepada semua masyarakat yang terdiri dari semua
lapisan umur
4. Bagaimanakah hendak menjadi ahli perpustakaan dan apakah syarat-syaratnya?
Sila ke halaman keahlian dan pinjaman
5. Bayaran untuk mengunakan komputer ?
Percuma.
6. Berapa buah buku yang boleh dipinjam dalam satu-satu masa?
Setiap Pelanggan dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku sahaja.
7. Berapa lamakah tempoh pinjaman setiap buku?
Tempoh pinjaman adalah selama 2 Minggu.
8. Jika terlewat memulangkan buku , adakah dikenakan denda. Berapa jumlah denda
tersebut?
Ya! Denda akan dikenakan sebanyak RM 0.10 sehari selepas tamat tempoh.
9. Adakah kanak-kanak boleh meminjam buku dewasa?
Tidak. Kanak-kanak hanya boleh meminjam buku kanak-kanak sahaja.
10. Bagaimana hendak menyertai Kelab Rusanani?
Untuk menyertai kelab Rusanani cuma perlu mengisi borang dan menjadi ahli (untuk kanak-kanak
sahaja).
11. Adakah buku di bahagian rujukan boleh dipinjam?
Tidak boleh. Buku dibahagian rujukan hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan dan boleh difotokopi sahaja.
12. Selain perkhidmatan pinjaman buku , apakah perkhidmatan lain yang disediakan?
- Perkhidmatan lain yang disediakan ialah:
- Pinjaman / Pemulangan
- Penasihat Pembaca
- Rujukan
- Rizab
- Akhbar dan Majalah
- Reprografi ( Fotokopi )
- Koleksi Negeri Sembilan & Koleksi Khas
- Katalog Atas Talian ( OPAC )
- Sumber Media
- Multimedia
- Internet
- Jurnal Elektronik
- Pinjaman Berkelompok / Pinjaman Antara Perpustakaan
- Bilik Perbincangan
- Loker
- Kelab Aktiviti'
- I-Play ( Ruang Augmented Reality )
- Bilik mainan kanak kanak
- Ruang E-sports
- Smart Library Ruang Tayangan ( Cinema )
13. Jika saya mengalami masalah kehilangan kad , pada siapakah yang perlu saya rujuk ?
Jika berlaku kehilangan kad ahli sila rujuk kepada kaunter sirkulasi di perpustakaan tersebut.
14. Bolehkah saya meminjam dan memulang buku di perpustakaan berbeza ?
Tidak boleh, pinjaman dan pemulangan hanya dibenarkan mengikut perpustakaan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengubungi Pegawai Pelanggan Kami.
Unit Pelanggan Zon Seremban : En. Berembi Bin Hj. Berahim
Emel Kakitangan :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel : 06-7635989
No Faks : 06-7635944