Unit Kewangan
Latar Belakang
Unit Kewangan PPANS telah diwujudkan selaras dengan penubuhan PPANS sejak tahun 1987. Unit Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan PPANS. Unit ini diketuai oleh Penolong Akauntan W29 dan 2 orang Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Objektif
1. Menjana pembangunan daya arus kewangan yang cekap, tepat, teliti dan berkualiti dalam segala aspek pengurusan kewangan dan perakaunan.
2. Mempertingkatkan hal-hal kewangan supaya lebih teratur dan sistematik.
3. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, cekap dan jujur dalam menyelesaikan pelbagai bayaran.
Fungsi Unit
• Menguruskan kutipan hasil jabatan di seluruh rangkaian Perkhidmatan Pelanggan.
• Menguruskan emolumen dan pembayaran.
• Menyediakan anggaran bajet tahunan.
• Menyediakan penyata kewangan tahunan.
• Menguruskan pelaburan (Simpanan Tetap) PPANS.
• Menguruskan perolehan jabatan.
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Nama pegawai untuk dihubungi:
Encik Muhammad Norfaiz bin Azmi
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.