Perpustakaan Desa Kampung Rendah
Perpustakaan Desa Kampung Rendah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan mengubahsuai sebahagian ruangan balai raya Kampung Rendah. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan desa yang pertama ditubuhkan di Rembau dan yang keempat di Negeri Sembilan. Perpustakaan ini di bawah DUN Chembong N 26 Parlimen Rembau P 131. Memandangkan sambutan pengguna yang semakin menggalakkan perpustakaan desa ini telah mendapat bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan perpustakaan yang lama dengan keluasan bangunan 37.16 meter persegi dan di kategorikan dalam Perpustakaan Desa di kampung Rendah dan mula mendudukinya pada bulan Mei 2007
Perpustakaan Desa Kampung Rendah,
71300,
Rembau,
Negeri Sembilan
Nama Petugas : Pn Mawar binti Kamaruddin
Emel Kakitangan :
No Tel : 06- 6857657
No Faks : 06- 6857657