Zon Kanak-Kanak
Pengenalan:
Zon kanak-kanak PPANS terletak di tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak yang berumur 5 – 12 tahun. Selain buku-buku kanak-kanak yang boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti Bilik Mainan Kanak-kanak, Bilik i-Play, Bilik Aktiviti dan Ruang Santai yang selesa bagi kanak-kanak dan ibu bapa.
Sudut Bacaan
Sudut Bacaan di Kids Activity Zone menyediakan ruang santai dan selesa kepada orang ramai terutamanya ibu bapa yang ingin meluangkan masa Bersama anak-anak. Sudut bacaan menyediakan pelbagai bahan bacaan sama ada fiksyen atau bukan fiksyen.
Bilik Mainan
Bilik Permainan Kanak-kanak berumur 3 tahun - 8 tahun. Bilik tersebut dibenarkan hanya 6 orang satu masa. Kanak-kanak mestilah mendaftar sebagai ahli perpustakaan untuk memasuki ruang ini. Bilik mainan ini terdapat rak buku untuk kanak-kanak membaca. Disamping itu terdapat permainan kanak-kanak.
Ruang Aktiviti
Aktiviti kanak-kanak merupakan tarikan utama ketika musim cuti sekolah. Kemudahan ini membolehkan kanak-kanak menyertai aktiviti ketika cuti sekolah dan mengisi masa lapang mereka seperti pertandingan mewarna, pertandingan kreatif dan kritis, kolaj, kuiz dan sebagainya.
Bilik Interaktif – I Play
Bilik Interaktif disediakan adalah bertujuan untuk memberikan pembelajaran kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara interaktif menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan Visual Reality (VR). Pada masa yang sama, dapat memberikan pengetahuan tambahan melalui bahan pembelajaran yang kreatif kepada kanak-kanak.
Mini Cinema
Perpustakaan Negeri Seremban 2 mempunyai mini cinema iaitu bilik tayangan untuk kanak-kanak. Tayangan dilaksanakan secara berjadual dan dipromosi di ruang masuk perpustakaan dan Facebook perpustakaan.
Perpustakaan Bestari (Smart Library)
Ruang Smart Library bertujuan untuk memberi pengalaman digital yang mana orang ramai boleh menggunakan peranti elektronik untuk membaca dan belajar. Perkhidmatan ini menyediakan pengalaman pembacaan yang baru dan interaktif terutamanya kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan tablet yang disediakan oleh pihak perpustakaan secara percuma.