A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • pembukaan perpustakaan komuniti bestari
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • LAWATAN KERJA BAGI PROGRAM KERJASAMA JARINGAN KOMUNITI
  • mesyuarat audit
  • anthony lok
  • shahril
  • usim 2026
  • pesta buku penang
  • PEMERIKSAAN PEMBENTANGAN ANGGARAN BELANJAWAN PPANS TAHUN 2027
  • sastera dan kanak2
  • perasmian pesta buku 2026
  • TAKLIMAT KEPADA PEMPAMER PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2025
  • perpustakaan komuniti bestari
  • LAWATAN KERJA BAGI PROGRAM KERJASAMA JARINGAN KOMUNITI 14 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Perpustakaan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Dasuki Sahak, Penolong Ketua Pustakawan bersama pegawai-pegawai iringan. Lawatan kerja ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program jaringan komuniti antara kedua-dua institusi. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk melaksanakan program komuniti yang berimpak tinggi serta memperkukuh peranan institusi perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembangunan masyarakat.
  • MESYUARAT PEMBUKAAN PENGAUDITAN MUKTAMAD PENYATA KEWANGAN PPANS BAGI TAHUN 2025 13 Julai 2026 - YBrs. Encik Mohd Nasrul Ekram bin Adzahar, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN), Negeri Sembilan telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Muktamad Penyata Kewangan PPANS bagi Tahun 2025 yang bertujuan memulakan proses pengauditan muktamad terhadap penyata kewangan PPANS. Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan skop pengauditan, kaedah pelaksanaan serta penyelarasan antara pihak PPANS dan Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan bagi memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar, telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama-sama pegawai daripada PPANS serta pegawai daripada Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan. Semoga kerjasama erat antara PPANS dan Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan dapat memastikan proses pengauditan dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus memperkukuh tadbir urus, integriti serta pengurusan kewangan yang cemerlang.
  • JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN MOBILE SMART LIBRARY DAN PAMERAN VIRTUAL REALITY (VR) 12 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dijemput untuk mengadakan Pameran Mobile Smart Library dan Pameran Virtual Reality (VR) sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 yang dianjurkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan moden serta menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran interaktif dalam kalangan masyarakat melalui penggunaan teknologi digital. Antara pengisian yang disediakan ialah pameran buku-buku terkini, sesi pengenalan teknologi Virtual Reality (VR), permainan Dan Harimau serta pelbagai permainan uji minda. PPANS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atas penganjuran Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026. Terima kasih juga atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada PPANS untuk turut serta dalam program ini. Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh budaya ilmu serta memperluaskan akses kepada bahan bacaan.
  • PPANS KONGSI KEPAKARAN DIGITAL BERSAMA GURU SEKOLAH SUKAN & SEKOLAH SENI MALAYSIA 🎬📌 BANGI, 8 JULAI 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) terus mengorak langkah dalam memperkasakan komuniti melalui perkongsian kepakaran digital apabila dijemput bagi mengendalikan Bengkel Kerja Penghasilan Mikro Kreatif: Teknologi Suntingan Video Bagi Guru Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia. Program kolaborasi strategik bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Latihan Menara NIOSH, Bandar Baru Bangi. Penganjuran bengkel ini merupakan satu pengiktirafan kepada PPANS dalam menyokong aspirasi Teras 2: Pendidik Kompeten Digital di bawah Dasar Pendidikan Digital negara. Bagi memastikan objektif program tercapai, PPANS telah mengamanahkan dua orang pegawai iaitu Tc. Shahril Fahmey bin Noordin dan Tengku Muhammad Zahier bin Tengku Zanoor Kifly sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang bengkel berkenaan. Sepanjang tempoh tersebut, delegasi PPANS bertanggungjawab memberikan bimbingan intensif dan melatih barisan pendidik agar celik teknologi serta kompeten dalam mengintegrasikan elemen digital secara kreatif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP).
  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA USIM DAN PPANS 8 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan USIM yang bertempat di Perpustakaan USIM. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM bersama YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS sekali gus menandakan bermulanya satu kerjasama strategik yang bakal membuka lembaran baharu dalam memperkasa ekosistem ilmu, penyelidikan dan pembangunan perpustakaan di Negeri Sembilan. Pemeteraian Memorandum Persefahaman ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua institusi dalam membina jaringan kerjasama yang mampan melalui perkongsian kepakaran, penyelidikan, penerbitan ilmiah, pembangunan koleksi, literasi maklumat dan digital, latihan profesional, pembangunan modal insan, pendigitalan kandungan, inovasi perpustakaan, pelaksanaan program komuniti serta pelbagai lagi inisiatif strategik yang bakal diteroka secara bersama. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datin Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM, YBrs. Dr. Mohd Helmi Masor@Mansor, Ketua Jabatan Perpustakaan USIM, YBrs. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri serta Puan Berdiana binti Berahim, Penolong Pengarah PPANS. PPANS turut mengadakan pameran Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Rak Buku Mudah Alih Casa Libro.
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA BIL. 3/2026 ​PULAU PINANG, 5 Julai 2026 – ​Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia Bil. 3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC). Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kali ini bersempena dengan Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang dan Karnival Kaligrafi Perpaduan 2026. ​Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.M. Puan Ungku Hajah Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ), serta dihadiri oleh barisan Pengarah Perpustakaan Awam dari seluruh negara. ​Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Hamdan bin Hj. Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS). ​Kehadiran PPANS dalam platform strategik ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara negeri demi merangka inovasi perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik. ​Melalui penyelarasan idea dan strategi bersama ini, PPANS tekad melangkah proaktif dalam usaha meningkatkan serta menyuburkan budaya membaca di kalangan rakyat Negeri Sembilan, sekali gus melahirkan masyarakat yang berilmu, kreatif, dan berdaya saing. ​Semoga resolusi yang dicapai mampu membawa anjakan paradigma landskap perpustakaan awam di seluruh Malaysia.
  • PEMERIKSAAN PEMBENTANGAN ANGGARAN BELANJAWAN PPANS TAHUN 2027 30 Jun 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama pegawai-pegawai iringan telah menghadiri sesi Pemeriksaan Pembentangan Anggaran Belanjawan PPANS Tahun 2027 yang berlangsung di Pejabat Kewangan Negeri Sembilan, Wisma Negeri. Pembentangan ini merupakan sebahagian daripada proses semakan dan penilaian terhadap cadangan anggaran perbelanjaan bagi memastikan perancangan kewangan PPANS bagi tahun 2027 adalah teratur, berkesan dan selaras dengan keperluan organisasi. Sesi pemeriksaan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Noraini binti Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.
  • Kemeriahan Pesta Buku Negeri Sembilan 2026 yang dianjurakan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) diteruskan dengan Majlis Perasmian Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 bersempena dengan Pertandingan Teater Muzikal "Pantomim" bagi mencungkil bakat dan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam bidang sastera dan seni kreatif persembahan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Khalidah binti Haji Omar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNNS) merangkap Ahli Lembaga Pengarah PPANS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS serta YBrs. Encik Mohd Aiman bin Abdoll Aziz, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNNS.Turut berlangsung ialah pelancara dua buku bertajuk Neraca Nurani dan Awan Imaginasi hasil penulisan Puan Hajah Mahaya, Sasterawan Negeri Sembilan sekali gus menyemarakkan lagi usaha memartabatkan budaya ilmu dan penulisan dalam kalangan masyarakat.
  • Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan dan Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 26 Jun 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan dan Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS). Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, YBrs. Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan, rakan-rakan strategik, serta pengarah dan wakil pengarah perpustakaan awam dari beberapa negeri lain. Kehadiran para tetamu kehormat ini mencerminkan komitmen dan sokongan padu pelbagai pihak terhadap usaha memperkasakan budaya membaca dan memartabatkan bahasa kebangsaan. #PestaBukuNegeriSembilan2026 #PBNS2026 #BudayaMembacaMembentukMasyarakatMadani #WaghihMembaca #NegeriSembilanMembaca
  • TAKLIMAT KEPADA PEMPAMER PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2025 18 Jun 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan satu taklimat kepada semua pempamer yang akan menyertai Pesta Buku Negeri Sembilan 2026. Taklimat ini disampaikan pihak urus setia untuk membentangkan maklumat penting seperti waktu operasi pesta buku, jadual aktiviti, penempatan booth, serta peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh para pempamer. Turut hadir dalam taklimat ini YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Pesta Buku Negeri Sembilan 2026 bakal diadakan bermula 24 – 28 Jun 2026 bertempat di Mydin Mall, Seremban 2 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kerjasama antara penganjur dan pempamer amat diperlukan bagi memastikan kelancaran penganjuran pesta buku ini sebagai sebuah medan ilmu, budaya dan perkongsian yang bermanfaat kepada masyarakat Negeri Sembilan dan sekitarnya. #PestaBukuNegeriSembilan2026 #PBNS2026 #BudayaMembacaMembentukMasyarakatMadani #WaghihMembaca #NegeriSembilanMembaca
  • HARI PERTAMA PEMBUKAAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI BESTARI SRI BANDAR, PORT DICKSON "Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa" 16 Jun 2026 - Suasana meriah dan penuh keceriaan mewarnai Majlis Pembukaan Perpustakaan Komuniti Bestari Sri Bandar, Port Dickson yang telah berlangsung pada hari ini. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Dr. G. Rajasekaran, mantan Ahli Lembaga PPANS yang sentiasa menyokong usaha PPANS memperkukuh budaya membaca dan pembelajaran dalam kalangan masyarakat. Turut hadir YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Kehadiran kanak-kanak tadika dari Tabika Perpaduan Kg Air Meleleh, Port Dickson memeriahkan lagi suasana memenuhi ruang perpustakaan melalui aktiviti membaca, kraftangan dan permainan pendidikan yang bukan sahaja menghiburkan malah memupuk minat membaca & pembelajaran sejak usia muda. Mari jadikan perpustakaan sebagai destinasi pilihan untuk menimba ilmu, beraktiviti dan mengeratkan hubungan komuniti. 📍 Perpustakaan Komuniti Bestari Sri Bandar, Port Dickson "Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa" #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca