A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 | Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • kp perpustakaan
  • tkp perpustakaan
  • diana
  • pembukaan perpustakaan komuniti bestari
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • BOOKWAVE2026
  • AI VIDEO2026
  • JUARA TOSHOKAN 2026
  • PPANS HADIRI MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BACA PERDANA DAN PESTA BUKU MELAKA 2026
  • majlis persaraan pn.mawar
  • Perbincangan PPANS bersama Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Sembilan
  • PPANS PERKUKUH KERJASAMA SEBAGAI URUS SETIA
  • KUNJUNGAN HORMAT PPANS YB koh kim swee 2026
  • MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN PPANS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025
  • KUNJUNGAN HORMAT PPANS 2026
  • KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM KE PPANS
  • MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BOOKWAVE & INNOVATION: KEMBARA ILMU 2026 9 November 2026 - Sedang berlangsung Program Bookwave & Innovation: Kembara Ilmu 2026 anjuran Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS). Program selama empat hari ini bermula 9 hingga 12 November 2026 bertempat di Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau. Program ini bertujuan untuk membudayakan amalan membaca, memperluas akses kepada ilmu pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha membina masyarakat berpengetahuan melalui peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat. Hari pertama program telah dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang mewakili YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Noorlis Ahmad, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan; YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS; serta Tuan Haji Faisal Hamdi Mohammed Ghouth, Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sembilan Darul Khusus. Sepanjang empat hari penganjuran, pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung, merangkumi perkongsian ilmu, aktiviti interaktif serta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang menghubungkan dunia ilmu, inovasi dan komuniti, sekali gus menyemarakkan budaya membaca serta memperkukuh peranan perpustakaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, kreatif dan berdaya saing. Jom ramai-ramai memeriahkan Program Bookwave & Innovation: Kembara Ilmu 2026! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia ilmu dan inovasi! #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PPANS NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF AI SEMPENA MINGGU I³ TAHUN 2026 10 November 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Tengku Muhd Zahier (Unit Media) dan Encik Muhammad Uzair (UTKM) yang telah mewakili Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Video Kreatif AI Sempena Minggu I³ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan kreativiti, komitmen dan kesungguhan warga PPANS dalam meneroka penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai medium penghasilan kandungan kreatif dan inovatif. Pengiktirafan tersebut telah diumumkan menerusi Majlis Apresiasi Minggu I³ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang berlangsung di Royal Chulan Seremban. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja PPANS untuk terus meningkatkan kemahiran, meneroka potensi teknologi terkini dan menghasilkan idea-idea kreatif yang mampu memberikan nilai tambah kepada organisasi serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PPANS JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI NEGERI SEMBILAN (AIN9) BAGI KATEGORI PENCIPTAAN BAHARU 10 November 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Toshokan yang mewakili Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9) Tahun 2026 bagi Kategori Penciptaan Baharu. Kejayaan ini sekali lagi mencipta sejarah dan mengharumkan nama PPANS di peringkat negeri. Pencapaian membanggakan ini merupakan bukti komitmen, kreativiti, kesungguhan serta semangat berpasukan dalam menghasilkan idea dan inovasi yang berimpak tinggi sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam. Pengiktirafan tersebut telah diumumkan menerusi Majlis Apresiasi Minggu I³ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang berlangsung di Royal Chulan Seremban. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Kejayaan ini diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja PPANS untuk terus membudayakan inovasi, meneroka idea-idea kreatif dan menghasilkan pembaharuan yang mampu meningkatkan mutu serta keberkesanan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat. Semoga kejayaan Kumpulan Toshokan menjadi inspirasi kepada warga PPANS untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama organisasi dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Dalam majlis yang sama, PPANS turut mengambil bahagian menerusi pembukaan reruai pameran bagi memperkenalkan serta berkongsi maklumat mengenai produk inovasi yang dihasilkan oleh Kumpulan Toshokan kepada para pengunjung. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PPANS HADIRI MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BACA PERDANA DAN PESTA BUKU MELAKA 2026 31 Oktober 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka yang berlangsung di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Dua pemenang yang mengharumkan nama Negeri Sembilan ialah Datin Nor Azzah binti Momin (Johan Kategori Rumah Bertanah) dan Tuan Haji Hussin bin Jalani (Johan Kategori Rumah Kampung). Kedua-duanya juga merupakan Johan Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori masing-masing. PPANS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pemenang atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menyediakan ruang bacaan yang kondusif serta menyemai budaya membaca dalam keluarga khususnya di Negeri Sembilan. Tahniah juga diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka atas penganjuran Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026 yang menyemarakkan budaya ilmu serta mendekatkan masyarakat dengan buku dan amalan membaca.
  • MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PPANS 30 Oktober 2026 - Sebagai mengenang jasa dan keringat serta khidmat bakti, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan kakitangan yang bersara setelah menabur bakti berkhidmat di PPANS. Kakitangan yang diraikan adalah Puan Mawar binti Kamaruddin yang telah berkhidmat di PPANS sejak November 1995. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Mawar. Beberapa rakan sekerja turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas jasa beliau selama ini. Kami seluruh warga kerja PPANS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mawar kerana menjadi sebahagian tenaga kerja warga PPANS dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Semoga persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan serta diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • Perbincangan PPANS bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan pada 29 Oktober 2026 bertempat di Perpustakaan Negeri, Seremban 2. ​Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Penolong Pengarah PPANS, Encik Mohd Rizwan bin Muhamad Yusof, dan dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, iaitu Puan Nadia serta Puan Norzaihan. ​Fokus utama perbincangan menjurus kepada penelitian serta pemahaman mendalam terhadap Enakmen PPANS 1974, terutamanya berkaitan kesesuaian klausa perundangan sedia ada dengan keperluan dan cabaran semasa institusi perpustakaan moden, ini termasuk menilai klausa dan peruntukan di bawah Enakmen 1974 agar selari dengan perkembangan era digital, termasuk pengurusan sumber maklumat elektronik dan perlindungan hak cipta bahan digital. Memperkemas struktur tadbir urus korporat, fungsi perundangan perbadanan, serta kuasa statutori yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan serta meneliti ruang penambahbaikan dan potensi cadangan draf pindaan undang-undang bagi memperkukuh peranan PPANS sebagai pusat rujukan utama dan pemacu budaya membaca di peringkat negeri. ​Pihak PPANS merakamkan penghargaan diatas pertukaran pandangan dan input perundangan daripada Puan Nadia dan Puan Norzaihan yang amat bernilai dalam memastikan setiap langkah penambahbaikan perundangan mematuhi tatacara perlembagaan dan perundangan negeri. ​Langkah ini membuktikan komitmen PPANS untuk terus relevan, dinamik, dan berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan maklumat berkualiti tinggi kepada masyarakat Negeri Sembilan.
  • PPANS PERKUKUH KERJASAMA SEBAGAI URUS SETIA PERTANDINGAN EXPLORACE JEJAK DIGITAL PERKHIDMATAN AWAM 2026 29 Oktober 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut menjayakan Pertandingan Explorace Jejak Digital Perkhidmatan Awam sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) yang melibatkan seramai 140 orang peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai salah satu urus setia, PPANS bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Maklumat PSUKNS, Unit Integriti PSUKNS, Majlis Daerah Tampin, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin serta Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bagi memastikan kelancaran pertandingan. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin. Turut hadir ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, serta YBrs. Puan Zainab binti Mohamed Shah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat PSUKNS. PPANS turut menyumbangkan hadiah bagi beberapa kategori anugerah sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini. Kemeriahan program diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah untuk para peserta. Semoga kerjasama ini terus memperkukuh hubungan antara agensi serta menyemarakkan budaya inovasi, semangat berpasukan dan pembudayaan digital dalam perkhidmatan awam. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta serta urus setia! #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT PPANS 28 Oktober 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Koh Kim Swee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah merangkap Ahli Lembaga PPANS. Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai-pegawai yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara PPANS dengan pihak kepimpinan setempat di samping membincangkan usaha memperkasa peranan perpustakaan awam sebagai pusat ilmu, maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat. PPANS berharap agar sokongan dan kerjasama berterusan daripada kepada YB Tuan Koh Kim Swee dapat membantu memperluas akses masyarakat terhadap perkhidmatan perpustakaan, menyemarakkan budaya membaca serta mempergiat pelaksanaan program pembudayaan ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat di kawasan Repah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN PPANS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025 28 Oktober 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, PPANS. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan maklum balas terhadap pemerhatian audit yang dibangkitkan sepanjang proses pengauditan penyata kewangan PPANS bagi tahun berakhir 31 Disember 2025. Sesi perbincangan ini turut menjadi platform untuk meneliti perkara-perkara yang dibangkitkan serta memperkukuh komitmen terhadap tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negeri, Negeri Sembilan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, bersama-sama pegawai PPANS, pegawai Unit Audit Dalam SUK serta pegawai daripada Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT PPANS 27 Oktober 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Puan S. Leza binti Md Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah merangkap Ahli Lembaga PPANS. Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai-pegawai yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara PPANS dengan pihak kepimpinan setempat di samping membincangkan usaha memperkasa peranan perpustakaan awam sebagai pusat ilmu, maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat. PPANS berharap agar sokongan dan kerjasama berterusan daripada YB Puan S. Leza dapat membantu memperluas akses masyarakat terhadap perkhidmatan perpustakaan, menyemarakkan budaya membaca serta mempergiat pelaksanaan program pembudayaan ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat di kawasan Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) KE PPANS 26 Oktober 2026 -Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta mengadakan lawatan tapak untuk meninjau lokasi yang bersesuaian bagi tujuan penggambaran rancangan televisyen. Mesyuarat sempena kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Haji Berahim, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS. PPANS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JAKIM atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan antara kedua-dua pihak demi memperkasa penyampaian maklumat serta memperluas manfaat perkhidmatan kepada masyarakat. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca