Unit Pembangunan
Latar Belakang
1.Unit Pembangunan menjadi nadi penggerak ke arah pembangunan infrastruktur sesebuah perpustakaan. Unit ini bertindak sebagai perancang ke arah pembinaan sesebuah pusat perkhidmatan dan menyediakan kemudahan prasarana di setiap rangkaian perkhidmatan di seluruh Negeri Sembilan. Selain itu juga, Unit Pembangunan dipertanggungjawabkan bagi merangka projek-projek pembangunan Jabatan seperti projek pembinaan pusat-pusat perkhidmatan perpustakaan, projek ubahsuai bangunan dan pembinaan bangunan baharu rangkaian PPANS. Tambahan pula, unit ini juga akan memantau pelaksanaan projek perpustakaan PPANS yang telah dilaksanakan oleh peringkat Persekutuan dan Negeri , menyelaras kolaborasi dengan Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak luar bagi membangunkan perpustakaan baharu di Negeri Sembilan.
Misi
Membina dan menyelenggara infrastruktur bagi semua pusat perkhidmatan serta merancang untuk mewujudkan pusat-pusat perkhidmatan baru bagi kemudahan masyarakat setempat.
Visi
Memperluas dan memperkukuhkan prasarana perpustakaan di seluruh Negeri Sembilan .
Kedudukan Unit : Tingkat Mezzanine
Nama Pegawai Untuk Dihubungi:
Puan Berdiana Bt Hj. Berahim
Tel. : 06-7635989 / 7621308
Faks : 06-7635944