A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Perutusan Pengarah


thumbnail

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baharu 2020.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Esa dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita kini sudah berada pada tahun 2020. Saya mewakili Pengurusan Tertinggi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan atas segala usaha, kerja keras dan komitmen dalam menjayakan segala tugas yang diamanahkan pada tahun 2019.

 

Sepanjang tahun 2019, jabatan telah melaksanakan pelbagai jenis program dan aktiviti seperti yang dirancang di peringkat ibu pejabat, cawangan dan juga negeri. InsyaAllah pada tahun 2020 ini kita mensasarkan program yang meliputi sehingga ke peringkat kebangsaan pula. Semoga pencapaian ini menjadi suatu azam dan inspirasi yang kuat untuk kita terus bekerja keras ke arah mencapai visi dan misi PPANS pada tahun ini.

 

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat bermakna buat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan kerana sejarah baru akan terukir di mana PPANS akan berpindah ke bangunan baharu di Kompleks PKNNS, Seremban 2 pada bulan Februari 2020. Bangunan baharu yang lebih selesa, mempunyai ruang yang lebih luas dan penambahan perkhidmatan secara elektronik diperluaskan serta fasiliti khususnya buat pengguna yang berkunjung ke perpustakaan sudah tentu dapat dinikmati sepenuhnya oleh semua golongan.

 

Pihak PPANS telah merancang dan menyusun program dan aktiviti dalam memastikan galakan membaca sentiasa menepati keperluan masyarakat. Di samping itu juga, PPANS juga berusaha memastikan bahan bacaan yang berkualiti dan terkini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan tidak kira di Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan mahupun di desa.

 

Segala aturan dan dasar yang dirangka ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menyokong PPANS dalam mencapai kecemerlangan.

 

PPANS berusaha untuk menjadi nadi menyampaikan ilmu dan maklumat yang sahih kepada seluruh masyarakat di Negeri Sembilan. Selain itu, dengan penuh harapan agar dapat dimanfaatkan dengan baik sehingga dapat melahirkan generasi yang mempunyai modal insan yang tinggi melalui kewujudan perpustakaan sebagai sumber utama untuk dirujuk dalam pelbagai perkara.

 

Program galakan membaca akan sentiasa dilaksanakan di semua daerah dan desa di Negeri Sembilan. Bukan itu sahaja, pelbagai promosi diadakan ke sekolah-sekolah melalui perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Bestari, Jejak Maklumat dan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kepada agensi-agensi, jabatan-jabatan kerajaan, Institut Pendidikan Tinggi dan sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Saya menyeru kepada semua untuk datang ke perpustakaan dan mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara percuma tanpa dikenakan sebarang cas bayaran

 

Akhir kata, saya percaya kedatangan tahun 2020 pasti akan membawa kita mendepani pelbagai cabaran baharu yang berkemungkinan jauh lebih getir dan mencabar. Namun saya yakin dan percaya, segalanya akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu daripada semua pihak,ini kita memperoleh berkat dan kecemerlangan dalam semua perkara.

 

Hajah Jamilah @ Chumila binti Haji Katis

Pengarah, PPANS