A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    eLib logo

    Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama . Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • Zinio Logo

     

    Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • i LearnAce logoi-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

    Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.

    Objektif Data Terbuka:

     Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
    Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
    Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
    Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
    Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

Dasar Privasi


2.1 Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

2.2 Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel dan pendaftaran.

2.3 Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

2.4 Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

  • majlis persaraan en.shaari
  • ipgkrm 2024
  • lawatan kerja mains
  • SK LENGGENG
  • TEAM BUILDING
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN
  • Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilanjpg
  • MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HPBS DAN HKS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2023
  • PAMERAN SEMPENA BULAN DIGITAL NEGERI SEMBILAN 2023
  • bomba
  • sukan ppans
  • KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
  • lawatan padang
  • maulidurasul 2023
  • MALAYSIAN SIGN LANGUAGE CAMP
  • MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN DAN PERSARAAN KAKITANGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN 8 Mac 2024 8.45 Pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2
  • MAJLIS PELANCARAN BUKU BERTAJUK "BAWAKU MENGEMBARA" ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR (IPGMKRM)
  • KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA JHEAINS KE PPANS 19 Februari 2024 9.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk membincangkan jalinan kerjasama antara JHEAINS dan PPANS bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak PPANS mengenai sistem pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan dalam usaha menubuhkan perpustakaan mini di bawah selian JHEAINS. Semoga kunjungan hormat ini membuahkan hasil yang baik antara kedua-dua pihak di masa akan datang.
  • Lawatan dari SK Sg Jai Lenggeng 13.12.2023 (Rabu) l 9.30 pagi seramai 45 orang termasuk guru pengiring Aktiviti Yang telah dijalankansepertu ✅Lets tour at Library ✅Break the Ice ✅You can do it ✅My great team
  • PROGRAM TEAM BUILDING PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023 12 Disember 2023 8.00 pagi – 10.00 malam Dewan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Program Team Building ini telah disertai oleh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang terdiri daripada kakitangan perpustakaan cawangan dan desa di seluruh Negeri Sembilan. Sesi ceramah motivasi telah diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan pengisian slot-slot menarik yang dapat membangkitkan semangat para peserta dan ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Illi Abdullah dari BDIFF Training & Motivation Resources.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN 24 NOVEMBER 2023 | 10 PAGI | PERPUSTAKAAN NEGERI, SEREMBAN 2 Mesyuarat Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bil 1/ 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Perpustakaan Negeri, Seremban 2. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 5 orang ahli lembaga yang baru dilantik untuk sesi 2023 hingga 2026
  • Sekalung penghargaan kepada Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Reka Cipta Kanak-kanak Tabika KEMAS yang menggunakan bahan terbuang sebagai medium reka cipta sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan. Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan dan Ketua Unit Korporat, Inovasi dan Kualiti PSUKNS.
  • SEREMBAN,20 November 2023 - Majlis Perasmian yang dihadiri hampir 300 tetamu jemputan telah berjaya dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Turut hadir ke majlis Perasmian ini YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan serta barisan EXCO dan Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri. Turut hadir juga adalah YBrs TPr Haji Hassan bin Yaakob, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang mewakili YBrs Ketua Pengarah. Sambutan ini telah mendapat kerjasama baik daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.
  • PAMERAN SEMPENA BULAN DIGITAL NEGERI SEMBILAN 2023
  • KURSUS KESEDARAN AWAM 2023 BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN
  • PERTANDINGAN BOLING ANJURAN KESUKA PPANS SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2023
  • KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
  • LAWATAN PENANDA ARAS KE PERPUSTAKAAN SERTA JELAJAH KEILMUAN PERBANDINGAN ADAT PERPATIH DAN MINANGKABAU DI SUMATERA BARAT (27 SEPTEMBER 2023 - 2 OKTOBER 2023)
  • PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1445H/2023M ======================================== 28 September 2023 7.00 Pagi Padang Majlis Bandaraya Seremban (MPS) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut sama mengikuti Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul seramai 40 kakitangan yang diketuai oleh Encik Iskandar bin Ismail.
  • MALAYSIAN SIGN LANGUAGE CAMP =========================== 24 September 2023 10.00 Pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol tanpa menggunakan suara atau dikenali sebagai ’non–verbal communication’. Simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua-dua pihak penutur dan juga penerima. Secara umumnya bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang pekak untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Komunikasi disampaikan dengan menggunakan pergerakan tangan, pergerakan badan dan mimik muka. Individu lawan bicara pula menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.